Dengan penuh bangga dan rasa syukur, Majlis Anugerah Kecemerlangan & Pra-Graduasi telah berlangsung dengan gemilang pada 13 Jun 2025 bertempat di The Klagan Hotel, Kota Kinabalu.
Bertemakan "Transformasi: Dari Kolar Biru ke Kolar Putih", majlis ini meraikan detik penting peralihan pelajar semester akhir dari alam pengajian ke dunia kerjaya — satu langkah besar menuju masa depan yang cemerlang!
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Pengarah ILP Kota Kinabalu, Ts. Sudirman Bin Hammade, sebagai tetamu kehormat.
Sebanyak 15 anugerah kecemerlangan telah disampaikan kepada pelajar-pelajar yang menunjukkan prestasi luar biasa dalam bidang masing-masing. Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah!